::Ayuh anak-anak muda..kita mara!::




Anak Muda Sayang Malaysia”



Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan. Justeru, program ini direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda. Selain itu, program ini juga menyediakan peluang untuk anak muda mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kami berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak muda Malaysia yang mampu menyumbang bakti kepada negara. Pada Allah sahaja disandarkan harapan agar memudahkan serta melancarkan program yang bakal dilaksanakan nanti.

Objektif :

                    i.            Melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan  dan tenaga kerja.

                  ii.            Menjalinhubungkan serta mencapai kesepaduan utuh dalam aspek berkaitan diantara gerakan-gerakan anak muda dalam & luar negara.
                iii.            Mendidik anak muda berkepimpinan serta cakna perkembangan & isu semasa dalam & luar negara.
                iv.            Merakyat anak muda secara sepakat dalam mendokong agenda dakwah.
                  v.            Menyuburkan semangat bersukan dan beriadah di kalangan anak muda.
                vi.            Berkongsi pandangan dan pendapat antara anak muda dalam segenap aspek berkaitan & kepentingan umum.
              vii.            Mendekati anak muda pelbagai latar belakang serta menjiwai segenap lapisan masyarakat.
            viii.            Menyuntik semangat bersatu padu antara anak muda pelbagai agama & bangsa.




Leave a Reply

::Himpunan Anak Muda::

::Bicara anak muda::

Featured Posts